Friday 20 March 2009

WASINI!!


~6 SOALAN YG DIJAWAB OLEH IMAM AL-GHAZALI~


soalan 1 : apakah yg paling dekat dgn diri kita?

Imam Ghazali : paling dekat dengan diri kita adalah mati, sebab itu adalah janji Allah SWTbahawa setiap yang bernyawa pasti akn mati..


soalan 2 : apakah yg paling jauh dgn kita?

Imam Ghazali : paling jauh dgn kita ialah masa lalu. kita harus menjaga hari ini dan hari yg akan datang dgn perbuatan yg sesuai dgn ajaran agama..


soalan 3 : apakah yang paling besar?

Imam Ghazali : paling besar adalah nafsu (al-a'raf:179), maka kita harus berhati2 dgn nafsu. jgn sampai nafsu bawa kita ke neraka..


soalan 4 : apakah yang paling berat?

Imam Ghazali :paling berat adalah memegang amanah (al- ahzab:72), tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung-ganang dan malaikat tidak mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. tetapi manusia dengan sombong menyanggupi permintaan Allah sehingga banyak manusia masuk ke dalam neraka kerana tidak mampu memegang amnah.


soalan 5 : apakah yang paling ringan?

Imam Ghazali : paling ringan adalah meninggalkan solat, gara2 pekerjaan, kita terus meninggalkan solat..


soalan 6 : apakah yang paling tajam?

Imam Gahzali : yang paling tajam ialah lidah manusia kerana melalui lidah, manusia dgn mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudarnya sendiri.....


boowat renungan bersama...

ukhwah fillah ilal jannah...

ma'a taufiq wa najah...

amin Ya Allah...

No comments: